Klik Klik Klik !!

Friday 7 June 2013

Autoshow di Waterfront PD

Ahad yang lalu selepas balik dari Melaka
terus ke Autoshow kat Waterfront PD
Kami sampai dalam pkl 8pm camtu
Agak sesak dgn orang ramai

Hubby saya kan pencinta kereta
so dia nak juga gi tengok autoshow nie

Kita layan je gambar dulu
sebab kategori2 kereta ni kita kan xpandai

Ni ar autoshow tu

Antara kereta-kereta yang di pertandingkan




Kereta ni byk memenangi trofi


Kereta ini pun cantik juga
Owner org India
Kagum sekejap sbb selalu tgk yg cina je buat kereta camni



Hadapan waterfront PD ni ada funfair
Game2 funfair ni best je sbb semua game baru
xde yang lama2
Tapi mahal jugak lah
Aritu kami spend RM 60
dapat dua teddy bear je tapi kualiti teddy mmg ok sgt

Waterfront Port Dickson ni baru diusahakan
Banyak jugak kedai berhadapan dengan laut..
Boleh santai2 makan2 sambil tengok laut

Kat sini ada Maybank, McD, Kopitiam pak Hailam, Domino's, Double Q (Thai Restoran), Ice Room, King's Bakery dan banyak lagi
Kami pernah makan kat Kopitiam Pak Hailam
Dari segi food, service dan price dia agak bagus
Memang dah jadi regular customer
Balik PD je mesti nak singgah kat sana.

Nak details lagi boleh ke website dorang
PD Waterfront 

Sambung lagi cerita autoshow

Kategori extreme modification

Dalam kereta cam gini, ni pun owner org India

Dalam semua jenis kereta ni
ada satu kereta yang menarik minat saya
Nak tahu kereta apa?

*
*
*
*
*
*
*
Scroll down
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*




Kereta Hello Kitty

Si Deva dok minta patung hello kitty tu kat ayah dia
hihihi
Memang cantik kereta ni
Owner perempuan kot......

Itu saje 
lepas tu balik rumah sebab dah penat sangat

Hubby dok teringin untuk memiliki satu kereta untuk autoshow kelak
Kereta sekarang pun dok modify itu ini
Nasib dia xbuat cam kereta2 ini sbb takut bini dia dok bising
hahahaha

Xpelah nanti2 kalau rezeki lebih kita beli satu lagi kereta ye!!!
Orang bahagian automotif mmg camtu nak kereta ini kereta tu...haha

Exam KPSL ditunda ke bulan Julai
Yaaahooo ada masa sikit utk study nie!!!

3 comments:

lieyalatif said...

Perghhhh mmg cun!!! Kawan akak ade sorang hasben die minat autoshow gini...mmg rajin laaa die ikut hasben die pi tgk kereta....cantik2 kan tgk lampu2 gitu...uihhh kaya ni org yg rajin makeup2 keter ni....

Ooo mally nak amik kpsl ye...gud luck n buat terbaik ok...mane tau ade rezeki kan...

Hepi weekend mally~

lizz said...

waaa kemain lawa...dah macam robot pun ader...

Hunny Kitty said...

kereta hello kitty tu owner perempuan moca namanya..hehehhe