Klik Klik Klik !!

Tuesday, 19 November 2013

My Home Progress (Part 1 : Sesi mencari rumah)

Hai dah lama xbersiaran kat sini
Tuan Tanah busy sikit dengan proses beli rumah....
Ya buat masa ini proses pembelian rumah saya dah siap 70%
dan sekarang saya tunggu dapat kunci je

:-) :-) ;-)

Nak beli rumah nie bukan senang yer
banyak prosedurnya....
Saya & suami saya adalah first time house buyer
So takde pengalaman langsung
Kami berdua berusaha untuk mencari maklumat di internet..
Banyak kami dapat input dari blog2 & forum
So sayapun terdetik dalam hati untuk share sedikit pengalaman saya
untuk pembeli rumah...
Saja nak share mana tahu boleh tolong semua kannn...

Saya & hubby turun dalam sesi mencari rumah kalau tak silap dari tahun 2012.
Saya kan duk Penang walaupun duk seberang pun nun Bukit Mertajam harga rumah adalah mahal nak mampsss
Susah nak dapat rumah dalam harga budget kami..
So pada tahun 2012 sesi mencari tidak berkesan sebab rumah yang 
kami dapat semua melebihi budget kami walaupun apartment...

Misi mencari kami terkandas camtu je
Lepas tu tahun 2013 still mencari juga harga rumah teres 1100sq yg 
berusia 24thn pun dalam RM175k..
Kalau rumah elok takpe lah ini rumah dah usang pun harga dalam lingkungan itu juga
Nak cari apartment hubby xsuka sebab nantikan mak saya akan duk dgn saya juga
so dia lebih preferred yang landed..(betul jugak kan..)

Kebanyakan rumah yang kami cari tidak memenuhi kepuasan kami laki bini...(mengadakan...)
Tapi betul juga semua rumah tu ada je problem...
So masa tengah frust hubby bagi idea iaitu untuk check kelayakan kami dekat bank dan cari rumah dalam lingkungan harga tu...
Kami pun naik turun 4 bank utama iaitu Maybank, CIMB, Alliance Bank dan OCBC Bank..

Selepas dapat tahu kelayakan kami pun carilah rumah kat mudah.my , secara terus ronda kat taman2 pilihan kami.... Lastly dapat 1 rumah tapi bukan kat area Penang dapat kat Kulim ,Kedah..
walaupun Kulim ia dekat dengan sempadan Pulau Pinang kira dekat jugaklah utk saya..

kami contact owner utk nak tengok rumah...
Kami berkenan dengan rumah kat kulim ni sebab :

#1 Dekat sikit dari rumah sewa sekarang
#2 Harga rumah jauh lebih murah
#3 Rumah besar dan persekitaran yang aman

Selepas tengok keadaan rumah saya amat berkenan dengan rumah tersebut dan
runding dengan owner tentang harga.....
Last price kami dapat adalah RM75000.00
mana nak dapat rumah 1400sq dengan keadaan elok dengan harga ini.....
Kami berpuas hati dan proceed ke proses seterusnya...

For your info, Rumah yang saya beli ini adalah Rumah teres Setingkat tapi
tapi tapi tapi
kat rumah ini kalau nak ke dapur kena turun tangga...
ya dia seolah-olah cam rumah dua tingkat....(saya suka2 sgt..)

Tu jer lah bebelan saya...hihihi
Tips sebelum beli rumah pastikan kita tahu kelayakan kita
bawa payslip 3 bulan ke bank & tanya je apa yang kita nak tahu...
kami juga banyak dapat info dari bank2 juga...



Next part saya akan ceritakan tentang cara nak mohon loan rumah dan proses berkaitannya




2 comments:

Wawa Yusoff said...

wahhh...sudah ada rezeki rumah sendiri.. bestnye :)

logorithm said...

Congrats dah punya rumah sendiri! Tak sabar nak tengok keunikan dapurnya. :-D