Klik Klik Klik !!

Friday, 7 June 2013

Autoshow di Waterfront PD

Ahad yang lalu selepas balik dari Melaka
terus ke Autoshow kat Waterfront PD
Kami sampai dalam pkl 8pm camtu
Agak sesak dgn orang ramai

Hubby saya kan pencinta kereta
so dia nak juga gi tengok autoshow nie

Kita layan je gambar dulu
sebab kategori2 kereta ni kita kan xpandai

Ni ar autoshow tu

Antara kereta-kereta yang di pertandingkan




Kereta ni byk memenangi trofi


Kereta ini pun cantik juga
Owner org India
Kagum sekejap sbb selalu tgk yg cina je buat kereta camni



Hadapan waterfront PD ni ada funfair
Game2 funfair ni best je sbb semua game baru
xde yang lama2
Tapi mahal jugak lah
Aritu kami spend RM 60
dapat dua teddy bear je tapi kualiti teddy mmg ok sgt

Waterfront Port Dickson ni baru diusahakan
Banyak jugak kedai berhadapan dengan laut..
Boleh santai2 makan2 sambil tengok laut

Kat sini ada Maybank, McD, Kopitiam pak Hailam, Domino's, Double Q (Thai Restoran), Ice Room, King's Bakery dan banyak lagi
Kami pernah makan kat Kopitiam Pak Hailam
Dari segi food, service dan price dia agak bagus
Memang dah jadi regular customer
Balik PD je mesti nak singgah kat sana.

Nak details lagi boleh ke website dorang
PD Waterfront 

Sambung lagi cerita autoshow

Kategori extreme modification

Dalam kereta cam gini, ni pun owner org India

Dalam semua jenis kereta ni
ada satu kereta yang menarik minat saya
Nak tahu kereta apa?

*
*
*
*
*
*
*
Scroll down
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*




Kereta Hello Kitty

Si Deva dok minta patung hello kitty tu kat ayah dia
hihihi
Memang cantik kereta ni
Owner perempuan kot......

Itu saje 
lepas tu balik rumah sebab dah penat sangat

Hubby dok teringin untuk memiliki satu kereta untuk autoshow kelak
Kereta sekarang pun dok modify itu ini
Nasib dia xbuat cam kereta2 ini sbb takut bini dia dok bising
hahahaha

Xpelah nanti2 kalau rezeki lebih kita beli satu lagi kereta ye!!!
Orang bahagian automotif mmg camtu nak kereta ini kereta tu...haha

Exam KPSL ditunda ke bulan Julai
Yaaahooo ada masa sikit utk study nie!!!

Thursday, 6 June 2013

Balik Kampung & Jalan2 Taman Rama-Rama, Melaka

Jumaat yang lalu
Balik Port Dickson, Umah parents hubby..
Lepas balik dari kerja terus pack barang & zaasss ke PD
Nasib x jammed highway PLUS
tapi agak jammed dari Nilai ke exit PD...
Bergerak pkl 6.30pm sampai 12.30am

Tinggal 3 hari kat sana
Lagipun last balik aritu pada cuti Raya cina


hari Ahad kami decide nak jalan2 kat Melaka
Family hubby nie kurang sgt berjalan
So setiap kali kami balik akan decide 1 tempat utk bawa dorang
So kali ni kami pilih Melaka je sbb dekat

Dalam pukul 2.30pm sampai Taman Rama-rama & Reptilia
Tiket Dewasa : RM8
Tiket Kanak2(3-12thn) : RM 6

Tarikh penubuhan taman tersebut

Masuk je dilayan oleh burung ini

Anak-anak saya excited tengok burung2 ini

Burung Merak Albino

Raj yang excited tengok ikan

 
batu Kristal

 Abang yg mulut murai tanya soalan banyak....hihi

Burung emu yg jinak

Hubby & Baby berehat sebentar sbb panas sgt

Papan tanda yg menarik perhatian orang ramai

Ular Albino

Taman Rama2 ni ok jer kalau nak bawa anak2
Tapi Taman Rama-rama Penang lagi banyak koleksi rama-rama..
Kat sini macam sikit je

Last dalam pkl 5pm kami keluar dai taman itu
Kesian anak bongsu sy Deva sbb dah basah lencun dengan peluh..
Ingat nak masuk Zoo Melaka tapi xjadi sebab Bapa mertua dah mula sakit kaki
Dia pesakit gout so xleh jalan lama2

Nasib aritu kami ambil jalan lama utk balik ke PD
sebab jalan jammed teruk menghala ke KL
Ye lah kan ari ahad semua balik dari bercuti

Tu jer cite balik kampung kami
Yang bestnya sy dpt hadiah dari mak mentua
rantai leher emas
:):):):):)
Hubby jelesnya xterkata..hihihi
Yang ini hadiah kedua
sebelum ni dpt gelang emas

Cuti hariraya nanti plan nak bawa dorang pi vacation
xtahu lagi nak pi mana
Tapi dok usha2 juga AirAsia kot2 ada promo sale

Exam KPSL dah dekat nie
Tapi xstudy pun lagi...huhu

Wednesday, 5 June 2013

Wordless Wednesday



Mommy & Baby Butterfly
:-P


p/s : Tengah draftkan entry Port Dickson

Friday, 31 May 2013

New Blog Header


Blog dah berheader baru...



Thank u Kak Sue

I tempah dengan Kak Suhaida 
Murah je 
RM 5

Sapa nak header simple cam ni
terjah je blog Kak Sue

Lepas ni berkobar2 nak update blog selalu

p/s ; Terima kasih Kak Sue kerana sudi follow blog saya nie...

Friday, 3 May 2013

Family Day Hubby di Pulau Redang

Ahad lepas family day ofis hubby diadakan di Pulau Redang
Sabtu 28/4 malam kami naik bas yg disediakan pada pkl 10.30mlm
Saya dgn hubby je pergi, anak2 ditinggalkan
Bukan sengaja je
Deva senang mabuk laut dan Raj xboleh tinggalkan adiknye
So mak sy xbagi dua2 ikut kami

Kami sampai di Jeti ShahBandar pd pkl 6.30pg
Dah lah lapar so cuci muka dan misi mencari breakfast diteruskan

Tiket Feri 

Kami naik feri pkl 9pg 
Ramainye org nak masuk Pulau Redang
I naik feri je terus tido sebab xleh nak tido dlm bas
Pkl 10.30pg sampai dah Pulau Redang
Kecantikan pulau Redang tak terkata

Air laut yg jernih

 
 
 
Crystal clear water

Tengok air laut tu
Rasa cam nak terjun terus mandi

Masa ini dah dapat kunci bilik dan semua dah ready untuk Lunch
Sebab lepas lunch adalah aktiviti snorkeling

View dari Redang Holiday Resort
 
 View of our resort (abaikan 2 pieces yer..hihihi)

Our shadows in crystal clear water...

Yeayyyy sy berada di pulau Redang yg cantik teramat....

Sari Pacifica resort bersebelahan kami


Again crystal clear water


Atas tu adalah restaurant
kat sini makanan semua buffet ye
xde ala carte
selalunya pakej merangkumi semua
Room + makanan + snorkeling

Sebahagian drpd family fadason


Hari last di Redang
Pkl 7pagi dlm boat yg akan transfer kitorang ke ferry
Kat sini xde jeti yer

Sunrise yg cantik

Kebanyakan masa kami luangkan untuk aktiviti snorkeling je
best je tengok ikan2 berenang dekat dgn kita

 
Bye2 Pulau Redang

Nanti selepas dapat gambar drpd camera kawan hubby i akan update pengalaman snorkeling kat tengah laut yer!!!