Klik Klik Klik !!

Thursday 13 June 2013

Kids playtime

Semalam selepas balik dari kerja 
bawa anak2 ke playground dekat dgn rumah
Dah lama xbawa dorang gi playground...

Kita layan gambar dulu


Si Deva terus terjah slide

Abang dah pandai so xpayah guide..




Deva hubby i jagakan

Budak kenit nie xde takot
Nak turun naik slide dengan sendiri
Lepas slide dorang layan buaian


Nasib time kami pergi xde budak2 lain..
So kami conquered playground tu


Raj ni first time main buaian dgn sendiri
Nampak je budak laki
Tapi takut lebih

Jom kita layan keek dulu
Tengok Deva ketawa kekekeke....







Jun 12, 2013 | kids playing by mallysathiya on Keek.com

Tuesday 11 June 2013

Our weekend's story & Happy 4th Anniversary!!!

Salam Selasa semua....
Weekend xlah gi mana-mana 
Hari Sabtu hubby MC sebab rasa sakit2 badan..
Dia kan kerja kat toyota & bahagian Wheel Alignment Balancing(WAB)
Hari2 buka pasang tayar je
Last2 xlarat rehat je kat rumah

Pagi tu just breakfast kat kedai dan balik rumah...
Dia rehat kat rumah, saya pula bawa mak & anak2 ke Jusco Bandar Perda
Saja je bagi masa bermain utk anak2 dgn anak menakan sy
 
 Deva dgn kak Nisha

Deva dgn kak Tharisnaa

Deva dgn abg Munis

Ketiga-tiga anak menakan sy happy xterkata
Kesian juga dorang cuti sekolah xgi mana so sy saja lah bawa dorang keluar
Lagipun Deva & Raj mmg rapat dgn dorang

Raj dok cari adik dia
 
 

Lepas main2 kat situ bawa dorang pi makan KFC
Seronok je tgk dorang makan
Deva & Raj pun bertambah makan sbb ada teman..

Pkl 5 petang bertolak balik & i hantar dorang kat rumah...
Deva & Raj dah tertido dalam kereta.
Lepas dorang bangun bagi dorang mandikan dalam besen je
sebab xsempat beli swimming pool
hahahha
 
 

Hari Sabtu mmg xmasak dan malam tu hantar Raj & Deva ke umah 
maklong sy sbb mak sy ada kat sana.
Saya & Hubby gi tgk wayang kat Butterworth.

Pagi Ahad pula saya & hubby pi pasar pagi pkl 11pagi
sbb sy bangun lewat sikit...hihi
Saya beli udang, ayam, ikan selar & sayur sikit untuk stok mak saya masak nanti
Breakfast beli roti canai...
 
Lunch saya masak sambal udang, sawi goreng & sup ayam utk kiddo's
Hubby pula sibuk dok service aircond kereta
Dalam pkl 4 petang gitu hubby cakap "Get ready we go out okay!!"
Hubby tolong mandikan Raj & Deva
Saya siapkan dorang dan lepas mandi kami gerak ke Kulim.
 Mak kami dah gi rumah maklong saya.
Kalau saya cuti mak saya pun akan cuti...
Maknanya mak i akan berjalan ke umah kakaknya..hihi
Malam baru akan balik ke rumah...
 
Devashritha
 
First kami cari kedai aircond area Kulim
byk kedai yg tutup tapi nasib ada 1 kedai servis aircond masih buka
Lepak kat kedai selama setngah jam utk tambah gas aircond & tukar minyak khas utk aircond
 
Saya & Deva camwhore dlm kereta sambil tgu keta siap...
Si Raj pula tido membongkang kat belakang
 
 Kepenatan sbb dimandikan oleh ayahnya

Adik comel yg teman mama dlm keta
 
Masa tgu dlm keta ar baru teringat anniversary kami
09.06.2013
Selalu sy yg alert xtaw camna boleh lupa
Lepas hubby masuk keta bgtau dia hari anniversary kita lah
Dia pulak tepuk dahi...camna boleh lupa nie
hihihihi

Tuan blog yg menjadi pelupa...hahaha

Hubby plan celebrate dgn makan kat Pizza Hut, Kulim Landmark Central
Saya beli kek Choc Indulgence SR 1 slice utk mkn2.
Kami order set meal utk 2 org tambah dgn Deli wings
Raj pun dah pandai layan Pizza
Habis 2 slice pizza dia makan
 
Deva pula dah jadi hyper sebab hubby bagi dia makan coklat..
Lepas makan2 kami balik terus ke rumah sbb hujan turun dgn lebatnya..
Tu je cerita weekend kami
 
 
Walaupun sudah 4 tahun kami bersama
tapi rasa cam sat berkhawin
Saya sgt bersyukur sbb dpt hubby yg caring, loving & sporting
masa kami gaduh, tapi dia yg selalu meminta maaf dulu
Xde istilah kawan dlm hidupnya
Xpernah keluar ke mana2 tanpa saya disisi
Hidup saya bahagia selepas kahwin dgn dia
Moga ikatan perkhawinan kita ni berkekalan selamanya
Happy Anniversary My Dear Hubby

Gambar thn 2009...
 
 
 
 
Hubby nak gi vacation kat Krabi boleh x????
(*-*)
 




Friday 7 June 2013

Autoshow di Waterfront PD

Ahad yang lalu selepas balik dari Melaka
terus ke Autoshow kat Waterfront PD
Kami sampai dalam pkl 8pm camtu
Agak sesak dgn orang ramai

Hubby saya kan pencinta kereta
so dia nak juga gi tengok autoshow nie

Kita layan je gambar dulu
sebab kategori2 kereta ni kita kan xpandai

Ni ar autoshow tu

Antara kereta-kereta yang di pertandingkan




Kereta ni byk memenangi trofi


Kereta ini pun cantik juga
Owner org India
Kagum sekejap sbb selalu tgk yg cina je buat kereta camni



Hadapan waterfront PD ni ada funfair
Game2 funfair ni best je sbb semua game baru
xde yang lama2
Tapi mahal jugak lah
Aritu kami spend RM 60
dapat dua teddy bear je tapi kualiti teddy mmg ok sgt

Waterfront Port Dickson ni baru diusahakan
Banyak jugak kedai berhadapan dengan laut..
Boleh santai2 makan2 sambil tengok laut

Kat sini ada Maybank, McD, Kopitiam pak Hailam, Domino's, Double Q (Thai Restoran), Ice Room, King's Bakery dan banyak lagi
Kami pernah makan kat Kopitiam Pak Hailam
Dari segi food, service dan price dia agak bagus
Memang dah jadi regular customer
Balik PD je mesti nak singgah kat sana.

Nak details lagi boleh ke website dorang
PD Waterfront 

Sambung lagi cerita autoshow

Kategori extreme modification

Dalam kereta cam gini, ni pun owner org India

Dalam semua jenis kereta ni
ada satu kereta yang menarik minat saya
Nak tahu kereta apa?

*
*
*
*
*
*
*
Scroll down
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*




Kereta Hello Kitty

Si Deva dok minta patung hello kitty tu kat ayah dia
hihihi
Memang cantik kereta ni
Owner perempuan kot......

Itu saje 
lepas tu balik rumah sebab dah penat sangat

Hubby dok teringin untuk memiliki satu kereta untuk autoshow kelak
Kereta sekarang pun dok modify itu ini
Nasib dia xbuat cam kereta2 ini sbb takut bini dia dok bising
hahahaha

Xpelah nanti2 kalau rezeki lebih kita beli satu lagi kereta ye!!!
Orang bahagian automotif mmg camtu nak kereta ini kereta tu...haha

Exam KPSL ditunda ke bulan Julai
Yaaahooo ada masa sikit utk study nie!!!

Thursday 6 June 2013

Balik Kampung & Jalan2 Taman Rama-Rama, Melaka

Jumaat yang lalu
Balik Port Dickson, Umah parents hubby..
Lepas balik dari kerja terus pack barang & zaasss ke PD
Nasib x jammed highway PLUS
tapi agak jammed dari Nilai ke exit PD...
Bergerak pkl 6.30pm sampai 12.30am

Tinggal 3 hari kat sana
Lagipun last balik aritu pada cuti Raya cina


hari Ahad kami decide nak jalan2 kat Melaka
Family hubby nie kurang sgt berjalan
So setiap kali kami balik akan decide 1 tempat utk bawa dorang
So kali ni kami pilih Melaka je sbb dekat

Dalam pukul 2.30pm sampai Taman Rama-rama & Reptilia
Tiket Dewasa : RM8
Tiket Kanak2(3-12thn) : RM 6

Tarikh penubuhan taman tersebut

Masuk je dilayan oleh burung ini

Anak-anak saya excited tengok burung2 ini

Burung Merak Albino

Raj yang excited tengok ikan

 
batu Kristal

 Abang yg mulut murai tanya soalan banyak....hihi

Burung emu yg jinak

Hubby & Baby berehat sebentar sbb panas sgt

Papan tanda yg menarik perhatian orang ramai

Ular Albino

Taman Rama2 ni ok jer kalau nak bawa anak2
Tapi Taman Rama-rama Penang lagi banyak koleksi rama-rama..
Kat sini macam sikit je

Last dalam pkl 5pm kami keluar dai taman itu
Kesian anak bongsu sy Deva sbb dah basah lencun dengan peluh..
Ingat nak masuk Zoo Melaka tapi xjadi sebab Bapa mertua dah mula sakit kaki
Dia pesakit gout so xleh jalan lama2

Nasib aritu kami ambil jalan lama utk balik ke PD
sebab jalan jammed teruk menghala ke KL
Ye lah kan ari ahad semua balik dari bercuti

Tu jer cite balik kampung kami
Yang bestnya sy dpt hadiah dari mak mentua
rantai leher emas
:):):):):)
Hubby jelesnya xterkata..hihihi
Yang ini hadiah kedua
sebelum ni dpt gelang emas

Cuti hariraya nanti plan nak bawa dorang pi vacation
xtahu lagi nak pi mana
Tapi dok usha2 juga AirAsia kot2 ada promo sale

Exam KPSL dah dekat nie
Tapi xstudy pun lagi...huhu

Wednesday 5 June 2013

Wordless Wednesday



Mommy & Baby Butterfly
:-P


p/s : Tengah draftkan entry Port Dickson