Hai hello
Have a good morning on monday!!!
Hari ini Mally nak share 1 resipi yg simple dan cepat :-)
Kung Pao Chicken
Resipi i just try drpd buku ini je
Buku chef Hanieliza
Sangat membantu saya dikala xtahu nak masak apa....:-)
Bahan - bahan :
1. Ayam 1/2 kilo - dipotong kecil
2. Bawang merah - 2 biji dipotong dadu
3. Cili kering - 4 tangkai dipotong kecik
4. Bawang putih - 3 ulas dipotong kecil
5. Sos tiram - 2 sudu besar
6. Sos tomato - 1 sudu kecil
7. Sos cili - 1 sudu besar
8. Tepung goreng ayam - sedikit je untuk goreng ayam
Air - 1/4 cawan
Garam secukup rasa
Cara - cara :
1. Gaulkan ayam dengan garam dan tepung goreng dan panaskan minyak di kuali.
2. Goreng ayam sehingga masak. Jangan lama sangat sbb nanti akan jadi keras. Selepas goreng angkat dan toskan minyak..
3. Kurangkan sikit minyak goreng ayam tadi. Pastu masukkan cili kering dulu. Then baru masukkan bawang merah & bawang putih. Tumis sehingga layu
4. Masukkan sos tiram, sos tomato dan sos cili & Gaulkan.Last sekali masukkan air sedikit.
5. Masukan ayam dan tunggu hingga ayam sebati dengan sosnya..
Tadaa inilah hasilnya
Saya tak masukkan garam sbb dah buh kat ayam time goreng tadi, lagipun sos tiram pun masinkan...
Sedap dan cepat dimasak..
Ok bye
Jumpa lagi dengan resipi lain ye!!!